ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Tuesday, September 21, 2010

Golf Tunku Chancellor Trophy 2010

Perlawanan Golf Persahabatan Tahunan antara Universiti Malaya dengan National University Of Singapore mempunyai 40 tahun sejarah.Ianya di adakan setiap tahun untuk merebut piala Tunku Chancellor. Untuk tahun 2010, ia di adakan di Warren Golf Club pada 18/5/2010 dan pada 19hb Mei 2010 di Kelab Golf Sentosa Singapore.
Majlis makan pada 19/5 di adakan di Istana President.HE S.R Nathan,President Singapore selaku Chancellor NUS menjadi host kepada rombongan Malaysia yang di ketuai oleh DYMM Sultan Azlan Shah selaku Chancellor UM.

Bergambar ramai didepan istana President Singapura




Bersama Dato Abu Hassan


Me, in front of Singapore's President Palace










Datuk Bidi wakil UM menyanyikan lagu Broery 'Biarlah Bulan Bicara'



Gambar ini di ambil semasa Welcoming Dinner 18/5/2010



Saturday, September 18, 2010

Berkebun

Tanah gambut seluas seekar di Johan Setia Klang lebihkurang 14 km dari USJ 18.Nak jaga secara part time bila ada masa terluang agak sukar juga.

Jalan masuk yang belum di turap.Kemudahan api dan air telah di sediakan sejak 2006





Tiang tanda sempadan

Ini manggis clone.Dipanggil mercer.Kononnya buahnya jauh lebih besar darimanggis biasa




Dua pokok di tanam rapat.





Anak nenas ini sengaja di tanam lurus sebaris untuk membentuk sempadan tanah dengan jiran


Nenas jenis Yengki ni amat popular diKlang. Rasanya manis. Nenas jenis ini memerlukan 16 bulan untuk dituai




Nenas jenis Morris.Isinya punya texture yang agak kasar. Perlu 10=12 bulan untuk dituai















Pokok cempedak di dalam pagar

Tanah di sini bukan sesuai untuk durian. Tapi no harm trying.Dah setahun + umur pokok ni nampak subur. Alhamdulillah.