ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Friday, November 4, 2011

Puasa Hari Arafah

Puasa Arafah ( 9 Zulhijjah)
Puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Pada tahun ini 9 Zulhijjah jatuh pada hari Sabtu bersamaan 5 Nov 2011.Tinggal lagi hari. Jom kita rebut peluang ini!

Tuesday, November 1, 2011

Pecah Masjid ......Curi Tabung Besi

Ada orang Islam yang datang ke surau atau Masjid bukan untuk beribadat..tapi buat maksiat.Ada yang datang untuk pancing duit dari tabung masjid dan akhir2 ini ada pula kumpulan yang pecah Masjid/ Surau dan mencuri Tabung Peti Besi Masjid.




Kita bersimpati pada guru2 yang pernah mendidek, kawan2 yang rapat dan ibu2 yang melahirkan mereka!

On Tee box 11th on the 11/11/11 at around 11AM

Cuma Satu kebetulan