ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Monday, July 4, 2011

Israk Mikraj dan Kefardhuan Solat

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Baginda, setahun sebelum tahun Hijriah, kira-kira 1433 tahun yang lalu. Dalam peristiwa ini, Rasullulah telah di jemput secara fizikal dan di perjalankan dari Mekah Ke Baitul maqdis, dan seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy adan akhirnya menerima kefardhuan solat 5 waktu.Ini menggambarkan bagaimana pentingnya solat 5 waktu sebagai tiang agama dimana Rasullulah sendiri mengadap ALLAH SWT untuk menerimanya. Ini berbanding dengan kefardhuan rukun islam yang lain seperti puasa, zakat dan naik haji hanya di turunkan melalui Malaikat Jibrail AS.

Bagaimanakah kesungguhan kita dalam mendirikan solat 5 waktu ?



Persoalan kefardhuan solat ini di kupas mantap oleh Ustaz ustaz Syed Norhisyam sebagai intipati ketiga kuliah subuh 3/7 beliau di surau Al Madaniah. Beliau mengaitkan dengan peritiwa hari- hari terakhir Syaidina Umar Alkhattab (Saidina Umar ibni al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644).
Pada satu suboh kira2 1367 tahun yang lalu, Syaidina Umar sedang mengimamkan solat subuh di Masjid Nabawi bila beliau ditikam dengan kerambit beracun oleh seorang Majusi yang bernama Abu Lu'Lu'. Beliau rebah dengan perut terburai dan usus perut baginda putus. Para sahabat yang lain meneruskan solat dengan Syaidinna Othman Affan mara ke hadapan menjadi imam. Para sahabat tahu peri pentingnya solat dan ia tidak boleh di berhentikan.

Apabila selesai jemaah bersolat barulah para sahabat memapah baginda dan ayat pertama keluar dari pemimpin agung ini merupakan satu soalan:
" Selesaikah sudah solat subuh kita?".
Beliau mengucapkan Alhamdulillah seterusnya di beri minum susu. Susu putih tersebut keluar mengalir bercampur darah dari usus baginda yang putus. Baginda pengsan sebentar. Apabila terjaga Baginda berbisek meminta air. Anaknya memberitahu.... Ya ayahanda, bagaimana ayah nak minum sedang susu yang ayah minum tadi pun telah keluar melalui usus ayah. Lalu Syaidinna Umar RA menjawab bahawa baginda bukan nak minum tapi hendak berwuduk untuk menyelesaikan solat subuh baginda...( rasa sebak kita dengar sejarah ini)

Mesej yang hendak di sampaikan ialah kita jangan abaikan solat 5 waktu dalam keadaan sakit macam mana jua sekalipun. Hendaklah kita sentiasa ambil tahu tentang solat orang-orang yang dalam tanggungan kita. Jangan bertangguh dan sentiasalah berusaha menambah baik quality solat kita dari semua sudut.

Nota : Tulisan ini adalah dari pemahaman saya ttg intipati kuliah dan saya lengkapkan melalui pembacaan. Sebenarnya ada tiga points/intipati kuliah. Namun, sekadar ini yang saya cuba kongsi. Saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan. Kepada Allah SWT saya beristigfar.