ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Wednesday, April 11, 2012

Kuala Kubu Bharu

Berriadah di Kuala Kubu Baru {KKB} di hari Pertabalan DYYM SERI Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, 11/04/2012.
Kuala Kubu di zaman penjajahan dulu British dahulu adalah pekan yang amat di sukai pegawai2 British. Ia adalah pekan persinggahan sebelum sampai ke Bukit Frazer. Pada tahun 1883 terjadi banjir besar di Kuala Kubu akibat ampangan pecah. Ramai yang terkorban termasuk pegawai Daerah British Sir Cecil Rangking. Pehak British tidak beralah dan membangunkan semula pekan ini dan di namakan Kuala Kubu Bharu. Satu semangat baik yang patut kita contohi...jangan mudah mengalah. Pegawai2 British telah menjadikan pekan ini lengkap serba serbi { It is a self contained town} termasuk juga he he...satu Padang Golf














RUMAH DI PUNCAK BUKIT

Rumah puncak bukit ni dapat di lihat gah (prominent) dari banyak lokasi di padang golf KKB. Empunya siapa agaknya?

Jauh dari hole 18


Mai zoom sket


Lagi..


Zoom lagi la!
Oopps jangan..... itu dah menceroboh privacy orang!!


Kalau singgah KKB jangan lupa cuba cendol & laksa Kak Jah kat tengah Town Kuala Kubu Bharu.