ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Monday, January 24, 2011

Pada 7/2/2011 sampailah hajat anak dan anak buah melanjutkan pelajaran di asrama penuh. Semoga terus tabah menempuh dugaan hidup dan tak lupa tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Jaja ke Tingkatan 4, MRSM Langkawi

Jaja ke Tingkatan 4, MRSM Langkawi



Syazwan ke Tingkatan 1, MRSM Kubang Pasu



Effa ke Tingkatan 4, MRSM Pasir Salak

Friday, January 21, 2011

MajlisBacaan Yassin Tahlil dan Doa Selamat

Surah Yassin bagai hati AlQuran yang menjana kelebihan dan keistimewaan bagi orang yang membacanya. Bila sesaorang membaca Surah Yassin dgnikhlas kerana mengharap redha Allah SWT untuk kampung akhirat, maka berguguran dosa2nya kerana memperoleh keampunan dan rahmat dariNya.




Mlm tadi (Khamis 20/01/2010) saya berkongsi dengan Jemaah Haji 1431H buat kenduri tahlil dan doa selamat kat Surau. Khusus untuk roh2 ayah dan Ibu yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga di alam Barzah sana, roh mereka di tempatkn bersama roh kalangan orang2 yang beriman.


Imam Syukri.


Buffet dinner





Muslimat SAM

Manisan dari Mekah/Madinah


Rezeki dari Allah SWT. Syukur Alhamdulillah. Yes....Agak heavy untuk makan malam




Dari Dapur Al Madaniah. Terimakasih pada Tuan2.

Thursday, January 20, 2011

Main Golf DiKota Permai 19Jan 2011

Target 3flight dapat 2 flight. Kita faham bukan senang2 nak dapat cuti pertengahan minggu. Anyway, it was a good outing. One of us scored 35 strokes for his 2nd nine.





Good drive

Another good drive

Yet ..another golfer got a birdie

Opps....Par 5 , 3rd Shot landed on the fringe rolled and stop 6in from the hole



Ukhwah golfers AlMadaniah




Jamuan tengah hari. Simple food good for the body

Wednesday, January 12, 2011

Towering Sukun


Sukun memang cepat membesar di tanah gambut.Pokok ni baru berumur 5 tahun. Tingginya tak kurang dari 30 kaki.Memang saya ada cadang nak trim.


Musim ia berbuah sekarang.Setiap ranting ada buah.Ada buah nun 30 kaki kat atas mcmmana nak kait?

Teknik Baru Membaja pokok

Saya cuba cara baru membaja pokok yang diajar oleh seoarang kawan. Tak banyak baja yang larut ketempat lain. Caranya dengan menggali 3 lubang dan membubuh baja sekitar2 kaki dari perdu pokok.


Bagi pokok besar yang tingginya mencecah 10kaki keatas kita gunakan lebih kurang 350gram


Bahagikan kepada tiga lubang. Setelah baja di bubuh kita timbus semula lubang2 tersebut

Nangka Madu Berputik Lagi

Pokok nangka madu baka yang di tut. Dah berumur 6 tahun dan dah banyak kali juga berbuah. Buah nya agak besar juga dalam anggaran 12-15 kilo sebiji.


Putik buah ini dipangkal rumpun.

6 kaki dari tanah

4 kaki dari tanah.

1 MEI 2011
Buah yang 6 kaki dari tanah dipetik.Lumayan juga dalam 10kg. Sekarang saya tahu nangkainiperlu4 bulan dari waktu berputek hingga masak

Sunday, January 9, 2011

Pergi Kenduri

Pergi kenduri Tahlil dan doa Selamat kat rumah Tn Malik hari ini. Senang parking bila bawa motor