ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Saturday, January 1, 2011

Motor Klassik

Motor lama model C70 keluaran tahun 1978. Lampu bulat dan 3 gear depan.






NL ni tak berjalan jauh dan jarang di bawa laju.Dari segi performance masih elok dan boleh sampai top speed 45 mph


Nama pomen (Foreman)motor ni Kong Meng. Dia mempunyai sebuah kedai repair motosikal di lot tepi deretan rumahkedai di Lenggeng, N9. Kira okay juga kerja dia.Tak banyak kerja semula sebab dia mahir dengan motor model ni







Setelah bincang dgn tokeh kedai saya pun setuju untuk beli. Dari Jelebu saya bawa NL ke Lenggeng untuk di baikpulih.


Owner lama, seorang penoreh getah beli Honda EX5 dan NL 6455 di serah kepada kedai sebagai sebahagian dari downpayment. Dah lama NL terbiar berhujan dan berpanas. Banyak parts yang dah berkarat. Sebahagian part owner kedai cannabalise utk repair motor lain.

Stand (tongkat)pun tak ada dan tumpang motor di sebelah yang sama uzur dgn dia.


June 2009:Begini lah keadaan Motor Honda C70 No plet NL6422 terdampar di depan sebuah kedai nun di Jelebu Negeri 9

1 comment: