Air kelapa muda memang menjadi minuman exotic kegemaran ramai. Banyak khasiat air kelapa muda. Malah saya sendiri pernah di sarankan doktor supaya minum air kelapa muda sebagai ubat kerana keracunan makanan.Tapi pernahkah sdr mendengar atau dah pernah minum air kelapa muda bakar?. Khasiatnya di katakan melebihi kehebatan air kelapa muda. Antaranya,ia memperbaiki perjalanan darah.
Air kelapa muda bakar
Roasted coconut juice. Kelapa muda ini dibakar secara perlahan selama sekurang2nya dua jam sehingga air kelapa di dalamnya mendidih.
Kelapa muda yang panas selepas di bakar ditebuk,airnya yang masih panas di campurkan dengan bunga cengkeh,halia muda dan ramuan lain. Akhirnya di hidang panas didalam kole stainless steel.Ummph...berpeluh semasa dan selepas minum!. Hanya RM3.50 sebiji.
Sesiapa yang nak cuba boleh buat trip kegerai ini di jalan lama kg melayu Subang.
No comments:
Post a Comment