ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Thursday, April 21, 2011

Jakarta waktu subuh

Playing chess by the roadside.
Matahari belum pun terbit.

Playing chess by the roadside.Sempat saya berhenti dikaki lima deretan rumah kedai. Menjadi penonton permainan catur. Tiga game catur yang saya kira amat pantas. Terpaksa saya tinggalkan kerana saya ada game golf. Bergerak jam 8 waktu tempatan ke kelab Golf Permata Sentul di Bogor


Jakarta waktu pagi. Jalan masih lenggang

Cuba teka tong kuning ini utk apa?.Ianya adalah tong berisi angin guna menambah angin tayar motorsikal. Bayaranya IDR 2,000 sekitar RM 0.70.


Restoran Garuda di jalan Hayam Wuruk sudah di buka waktu Subuh. Restoran ini menyediakan makanan masakan minang asli dan amat popular dikalangan pelancung dari Malaysia.


Masjid Kebun Jeruk, Jalan Hayam Wuruk Jakarta. Sampai juga hajat saya solat berjamaah (solat subuh)dimasjid ini. Ianya adalah masjid tertua diJakarta. Bahagian atas gambar ini terang dek cahaya lampu jalan bukan cahaya matahari.ha ha.
Ada masa check kat google dan baca sejarah masjid ini.

No comments:

Post a Comment