ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Friday, May 20, 2011

Golf Trip Chiangmei Thailand

Chiangmei terletak diutara Thailand. Ia adalah bandar kedua terbesar Thaialnd dgn penduduk seramai 8juta orang. Kedudukan geografinya membolehkan ia mempunyai 4 musim. Chiangmei juga adalah destinasi riadah golf yang utama di Thailand. Syukur Alhamdulillah nikmat yang Allah beri, saya berkesempatan beriadah di sini 17-20Nov 2011

Pintu masuk kelab Chiangmei Highland Golf &Spa . Kelab ini adalah kelab ke3 terbaik di Asia
Chiangmei Highland Golf &Spa


Foursome.


Bunker pun ada logo.


Namun bagi saya kelab golf Alpine jauh lebih scenic.


Satu pemandangan Alpine Golf...Difinasi tenang


Night Bazaar Chiangmei


Makanan Muslim di Chiangmei.
Tomyam kung at its best disini. Cuba yang ada gravy dan juga yang clear




Dah jemu Tomyam boleh beralih rasa.....briani arab salah satu option.

Sunday, May 15, 2011

Anak Pokok Durian IOI

Sepokok anak durian 101 berumur satu tahun saya beli dgn harga RM60 dari Pasar Minggu Puchong.
Sempat semalam sahaja kat laman rumah.


Esoknya, saya tanam kat kebun.

Pisang emas

Pisang emas baru keluar tongkol

Wednesday, May 11, 2011

Masjid Zahir, Alor Star Kedah

Semasa ke Langkawi 1hb Mei baru2 ni sempat bermalam di Alor Setar,Kedah D.N.
Sempat lalu dihadapan Masjid Zahir (Masjid Negeri) di waktu petang

..dan sempat bersolat subuh berjamaah sebelum ke Langkawi.


Sejarah
The mosque was built in 1912, a contributory effort of YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. The site of this mosque was the cemetery of Kedah warriors who had died while defending Kedah from the Siamese in 1821. The architecture of the mosque was inspired by the Azizi Mosque [1] in Tanjung Pura, Langkat Sultanate (present-day North Sumatra). This mosque is enhanced with five prime large domes symbolizing the Five Pillars of Islam
(sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Masjid_Zahir)

Sunday, May 8, 2011

Air Kelapa Muda Bakar

Air kelapa muda memang menjadi minuman exotic kegemaran ramai. Banyak khasiat air kelapa muda. Malah saya sendiri pernah di sarankan doktor supaya minum air kelapa muda sebagai ubat kerana keracunan makanan.Tapi pernahkah sdr mendengar atau dah pernah minum air kelapa muda bakar?. Khasiatnya di katakan melebihi kehebatan air kelapa muda. Antaranya,ia memperbaiki perjalanan darah.

Air kelapa muda bakar

Roasted coconut juice. Kelapa muda ini dibakar secara perlahan selama sekurang2nya dua jam sehingga air kelapa di dalamnya mendidih.

Kelapa muda yang panas selepas di bakar ditebuk,airnya yang masih panas di campurkan dengan bunga cengkeh,halia muda dan ramuan lain. Akhirnya di hidang panas didalam kole stainless steel.Ummph...berpeluh semasa dan selepas minum!. Hanya RM3.50 sebiji.


Sesiapa yang nak cuba boleh buat trip kegerai ini di jalan lama kg melayu Subang.

Friday, May 6, 2011

Penerima Sumbangan Golf Amal 2010 Batch 2

6hb Mei 2011
Minggu ini kita sampaikan baki sumbangan kepada 19 penerima, termasuk 15 murid yatim/miskin dari SRK Tamil USJ 20. Mereka menerima bahagian sumbangan yang kita peruntukan bagi penerima bukan Muslim.

Tuan Haji Saadon, AJK Penganjuran Golf Amal 2010 menyampaikan sumbangan.


Senyum gembira


Bergambar Ramai selepas upacara penyampaian.

Sunday, May 1, 2011

Pokok Cempedak First Time Berputek

Putek cempedak
Umur cempedak ini lebihkurang 5-6 tahun.Baru belajar berbunga.


Beria2 nak cuba


Ok la....mula dgn tong kosong dulu