ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Tuesday, March 22, 2011

Kebun buah2an

Memang tujuan saya nak buat kebun buah2an kat tanah seluas seekar ini. Saya ambil gambar secara berkala nak tengok perkembangannya.Kali terakhir pada hari Ahad 20/3 lepas Tak banyak berubah. Masih menambak tanah utk keluasan 20,000 kaki dan tinggi 5-6 kaki tinggi.Dua anak pokok nangka mati tertindih tanah. Sayang,dah hampir setahun umurnya.

Sekarang ni Musim hujan akibatnya byk kerja tergendala.



Jalan menuju ke tanah ini berlopak2 dan berair. Ramai tuan punya tanah yang dah menambak tanah utk buat rumah.Kemudahan api dan air dah ada. Cuma jalan ni belum lagi ditar. Gomen kata kena ada rumah dulu baru projek naiktaraf jalan dibuat.Situasi mana dulu...telur atau ayam?


Jalan dalam kawasan tanah

Tanah utk tujuan menambak. Belum di ratakan.





















Nangka madu. Dua gambar dua biji nagka di atas dari pokok yang sama. Dah 4 kali pokok ni berbuah. Belum pernah berbuah lebat. Setiap kali berbuah 2 biji.


Pisang lemak manis. Baru dapat tebang 2 tandan . Nampak tak tunggul lama tu?. Sepatutnya,anak2 pisang di alih ketempat baru.Nanti next trip la. Anak pisang ni orang jual RM1.70 sepokok.





Tak tahu nama pisang ni. Rasanya mcm berangan. kulit tebal isi merah dan rasanya manis.Dari luar nampak mcm pisang awak. Dah lebih 10 tandan di tebang. Bagi kawan2 rasa. Kadang2 buat cok kodok bawa kat surau.


Kelapa pandan benih dari Pak Abu Selinsing. Dua pokok sengaja di tanam rapat. Petua Pak Abu utk kawasan yang redup. Dah dua tahun pokok ni, asal dari biji. Mak ehh....lambat bangat ganal!!.



Pokok mangga pauh @ hampalam talok ni pun hadiah dari Pak Abu Selinsing. Lama pokok ni sakit dan dirawat diperkarangan rumah di Subang. Apabila dah tinggi 4 kaki baru dipindah kesini. Alhamdulillah, nampak sehat pokok ni.




Dah hampir 6 tahun pokok manggis ni. Berbungga pun belum. Penjual pokok ni dulu bagi hint... 5tahun akan mula berbuah.Hmmm...kena sabar menunggu. Ada umur & rezeki dapat la merasa.


Bawah pokok rambutan




Pokok rambutan gambar diambil dari bahagian belakang tanah@ jer orang banjar dari buntut bandang.





Akibat lambat dibaja..pokok nenas ni agak bantut sket.

Statistik pokok.
1.Durian 2 pokok
2.Rambutan 5 pokok
3.Manggis 3 pokok
4.Nangka 3 pokok
5.Cempedak 3 pokok
6.Jambu Air 2p
7.Ciku 3p
8.Laici 1
9.Mangga 7p(kuini 2, apple 2, cokanan 1,India 1, H.Talok 1p)
10. Sukun 1p
11.Pisang 30P
12.Nenas 500p
13. Durian Belanda @Nangkalanda 1p. Ada 6 anak pokok masih dalam polybag.Belum di tanam.

No comments:

Post a Comment