ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Monday, May 30, 2011

Visiting Singapore

Minggu pertama cuti sekolah saya sempatkan mencuri masa pergi Singapore. Pertama kali drive ke Singapura. Perjalanan jadi mudah dgn bantuan GPS jenama Garmin model Nuvi 1350.I would say 100% reliable.
Anak2 kagum dengan kehijauan di sepanjang jalanraya dan dan kebersihan kota Metropolitan ini. Tiada kereta yang di pandu laju dan tiada mat rempit 'meliuk' kekiri kanan

Day 1, 27/5/2011. Window shopping di Orchard Road.

Makan malam kat Zam-zam Singapore di Arab Street. Ini adalah tempat makan popular dikalangan pelancong dari Malaysia sejak dahulu lagi. Tanya lah orang Malaysia yang berkunjung ke Singapore dari dulu sampai sekarang bagai tak lengkap kalau tak makan diRestoran ini. Namun, rasa masakannya dah tak lagi se gah namanya.Mungkin kemunculan banyak nasi Arab menyebabkan Briani dpt saingan nya.
Zam-zam Singapore


Solat di Masjid Sultan di Arab Streetini.Beg2 sandang jemaah di letak di keliling tiang bahagian belakang saf. Saya tak yakin mungkin kerana kes2 jemaah kehilangan beg dan barang berharga amat kerap berlaku di Malaysia.
(Sultan mosque, also known as Masjid Sultan, was built in 1824. It was proposed by Sultan Hussein himself and funded by East India Company-wikipedia).
Sultan Mosque, Arab street Singapore


Day 2, 28/5/2011. Universal Studio Singapore
Universal Studio Singapore dah mula beroperasi tahun lepas lagi.Tapi hari inilah upacara perasmiannya. Sayang kami lewat dan upacara perasmian tlh selesai


Grand opening Universal Studio Singapore.








Charlie Chaplin


The Mummy

Rasa jatuh jantung naik Revenge of the Mummy rollercoaster.


Menonton Shrek 4-D motion simulator ride



Rock Climbing.
Menguji samada your body is as strong as your will (or vice-versa).

No comments:

Post a Comment