ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Sunday, January 9, 2011

Pergi Kenduri

Pergi kenduri Tahlil dan doa Selamat kat rumah Tn Malik hari ini. Senang parking bila bawa motor

Warna Buah

Pisang lemak manis yang pokoknya saya tanam sendiri di kebun Johan Setia. Sengaja saya gantung setandan. Pisang mula masak dari sisir yang teratas.

Thursday, January 6, 2011

Pangkor & Telok Intan

Depan Menara Condong Teluk Intan

Badan Sama condong dgn menara

Semai Anak Nangka Dan Anak Durian Belanda

Buat gardening depan rumah dgn Tasha


Biji durian belanda inisaya tabur di pasu bunga kira2 3 bulan yang lalu. Anak2 pokok ni dah besar dan perlu dipindah ke polybag.


Anak nangka Madu ni hadiah dari Hj Mokhtar. Ia di tanam di dalam bekas plstik minyak kelapa 5 kilo. Mak ehhh..tanam pokok mcm org dulu2!!.
Saya pindahkan ia ke dalam polybag yang lebih besar.


4 dari enam pokok durian belanda. Nak hadiah kat kawan2 3 pokok. Saya akan tanam 3 pokok di Kebun. Ada kawan kata anak durian belanda tidak dapat di tut . Semua di tanam dari biji


Campuran pasir, tanah bakar dan humus

Tuesday, January 4, 2011

Menambak Tanah

Begitu cepat waktu berlalu. Dalam tak sedar dah 8 tahun saya beli tanah ni.Hajat dulu nak buat rumah kat sini.Terpaksa saya lupakan kerana kawan2 yang sama2 beli tanah kat sini tak menunjukan kesungguhan nak pindah. Saya pun faham. Malah isteri dan anak saya pun selesa di rumah kami sekarang.

Keluasan tanah adalah seekar. Tanah gambut dan agak rendah dari paras Jalanraya. Baru2 ni saya tambak untuk tinggikan dan luaskan lagi tapak rumah ini. Hasrat saya nak beli rumah kampung pindah dan dirikan kat sini.




Di tapak keluasan 150 kaki x 100 kaki

Sekarang saya masukkan 150 lori tanah liat campur tanah merah



Tanah gambut. Dah masuk 250 lori tanah merah dan 120 lori batu concrete rumah

Saya cadang nak tinggikan tapak rumah ini 3kaki dari paras jalan

Monday, January 3, 2011

Rumah Kayu

Gambar rumahkayu di bawah ni ini saya ambil di Telok Senangin, Perak. Bentuknya hampir sama dengan rumah lama saya dikampung. Cuba perhati elok2.


Rumah rehat di Telok Senangin

Ini gambar rumah saya di Selinsing sekitar akhir tahun 80an.Sayang rumah saya ni terbiar lama.Empat tahun yang lalu,aruah ayah jual kepada sepupu saya.Ada juga manfaatnya dari di biar reput dimakan anai2....ada juga benarnya.

Saturday, January 1, 2011

Motor Klassik

Motor lama model C70 keluaran tahun 1978. Lampu bulat dan 3 gear depan.






NL ni tak berjalan jauh dan jarang di bawa laju.Dari segi performance masih elok dan boleh sampai top speed 45 mph


Nama pomen (Foreman)motor ni Kong Meng. Dia mempunyai sebuah kedai repair motosikal di lot tepi deretan rumahkedai di Lenggeng, N9. Kira okay juga kerja dia.Tak banyak kerja semula sebab dia mahir dengan motor model ni







Setelah bincang dgn tokeh kedai saya pun setuju untuk beli. Dari Jelebu saya bawa NL ke Lenggeng untuk di baikpulih.


Owner lama, seorang penoreh getah beli Honda EX5 dan NL 6455 di serah kepada kedai sebagai sebahagian dari downpayment. Dah lama NL terbiar berhujan dan berpanas. Banyak parts yang dah berkarat. Sebahagian part owner kedai cannabalise utk repair motor lain.

Stand (tongkat)pun tak ada dan tumpang motor di sebelah yang sama uzur dgn dia.


June 2009:Begini lah keadaan Motor Honda C70 No plet NL6422 terdampar di depan sebuah kedai nun di Jelebu Negeri 9