ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Monday, July 4, 2011

Israk Mikraj dan Kefardhuan Solat

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Baginda, setahun sebelum tahun Hijriah, kira-kira 1433 tahun yang lalu. Dalam peristiwa ini, Rasullulah telah di jemput secara fizikal dan di perjalankan dari Mekah Ke Baitul maqdis, dan seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy adan akhirnya menerima kefardhuan solat 5 waktu.Ini menggambarkan bagaimana pentingnya solat 5 waktu sebagai tiang agama dimana Rasullulah sendiri mengadap ALLAH SWT untuk menerimanya. Ini berbanding dengan kefardhuan rukun islam yang lain seperti puasa, zakat dan naik haji hanya di turunkan melalui Malaikat Jibrail AS.

Bagaimanakah kesungguhan kita dalam mendirikan solat 5 waktu ?



Persoalan kefardhuan solat ini di kupas mantap oleh Ustaz ustaz Syed Norhisyam sebagai intipati ketiga kuliah subuh 3/7 beliau di surau Al Madaniah. Beliau mengaitkan dengan peritiwa hari- hari terakhir Syaidina Umar Alkhattab (Saidina Umar ibni al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644).
Pada satu suboh kira2 1367 tahun yang lalu, Syaidina Umar sedang mengimamkan solat subuh di Masjid Nabawi bila beliau ditikam dengan kerambit beracun oleh seorang Majusi yang bernama Abu Lu'Lu'. Beliau rebah dengan perut terburai dan usus perut baginda putus. Para sahabat yang lain meneruskan solat dengan Syaidinna Othman Affan mara ke hadapan menjadi imam. Para sahabat tahu peri pentingnya solat dan ia tidak boleh di berhentikan.

Apabila selesai jemaah bersolat barulah para sahabat memapah baginda dan ayat pertama keluar dari pemimpin agung ini merupakan satu soalan:
" Selesaikah sudah solat subuh kita?".
Beliau mengucapkan Alhamdulillah seterusnya di beri minum susu. Susu putih tersebut keluar mengalir bercampur darah dari usus baginda yang putus. Baginda pengsan sebentar. Apabila terjaga Baginda berbisek meminta air. Anaknya memberitahu.... Ya ayahanda, bagaimana ayah nak minum sedang susu yang ayah minum tadi pun telah keluar melalui usus ayah. Lalu Syaidinna Umar RA menjawab bahawa baginda bukan nak minum tapi hendak berwuduk untuk menyelesaikan solat subuh baginda...( rasa sebak kita dengar sejarah ini)

Mesej yang hendak di sampaikan ialah kita jangan abaikan solat 5 waktu dalam keadaan sakit macam mana jua sekalipun. Hendaklah kita sentiasa ambil tahu tentang solat orang-orang yang dalam tanggungan kita. Jangan bertangguh dan sentiasalah berusaha menambah baik quality solat kita dari semua sudut.

Nota : Tulisan ini adalah dari pemahaman saya ttg intipati kuliah dan saya lengkapkan melalui pembacaan. Sebenarnya ada tiga points/intipati kuliah. Namun, sekadar ini yang saya cuba kongsi. Saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan. Kepada Allah SWT saya beristigfar.

Saturday, June 25, 2011

Tall Tropical Rainforest Trees

Di pinggir padang golf Ria Bintan, di pulau Bintan Indonesia. Pokok2 hutan ini di kekalkan dalam keadaan alam semulajadinya.Di bawah pokok2 ini sungguh sejuk walaupun di waktu tengahari. Saya belum pernah melihat pemandangan pokok2 tinggi dan besar seperti ini tidak terdapat di mana2 padang golf lain.

1. Tall Tropical Rainforest Tree 1
Pokok ini mungkin telah berumur beratus tahun. Kebanyakan dahannya telah tiada . Namun, pokok ini masih gah di kalangan pokok2 lain yang tak kurang tingginya. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.


2. Tall Tropical Rainforest Tree 2


3. Tall Tropical Rainforest Tree 3


Buggy track
Ada tempat dimana buggy track terpaksa di buat melalui hutan untuk menghubungkan dua lubang golf. This track connects hole 9 and hole no 10. Cantik kan ?


4. Tall Tropical Rainforest Tree 4


5.Tall Tropical Rainforest Tree 5


6 Tropical Tall Rainforest Tree 6
Pucuk dan dahan lebih tinggi dari yang lain. Saya anggarkan ketinggian pokok ini melebihi 60 kaki.

Golfing at Ocean Nine Ria Bintan

Golfers biasanya di mana mungkin,ingin bermain di padang golf yang terbaik.
Ria Bintan Golf Club telah berada dalam official ranking of the Top 100 golf Courses published by Golf Digest Magazine. Ria Bintan Golf club telah memenangi the Asian Golf Monthly Awards 2008 for Best Golf Course in Asia, Best Course in Indonesia and Best Par 4 in Asia. Jadi, tidak hairan lah mengapa ia menjadi destinasi tumpuan.



1. Batu tanda.


2. Foursome, same golfers, different golf course... same eventual winner.-)


Tee off... like a pro


3. Backdrop too nice a panorama to be ignored. BW Getting ready to take second shot at Par 4 hole no 8 Ocean nine


4. Best Par 5 in Asia. 4 golfers semua scored double bogey.)-





5. Rocky red mountain.

6. The green , rocky mountain and blue sea


...dan panahan cahaya matahari yang di lindungi awan. Majestic view....SubhanAllah



7.Par 3 hole 9 ocean nine. Ini adalah signature hole Ria Bintan




Day one. Rock steady.. BW putting at Hole 9 . I remembered he got a Par .

Friday, June 24, 2011

Bergolof di Bintan

Keindahan pulau Bintan memang jadi sebutan. Tambahan pula dengan usaha bersepadu untuk menjadikan ia sebagai Bali ke2 Indonesia. Saya berkesempatan ke pulau ini 22-24 June 2011. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT ynag memberi rahmat kepada semua makhluk.

Waktu pagi di Singapura dari Geylang ke Tanah Merah. Di bantu oleh GPS menuju ke Jeti Tanah Merah

Geylang road sesudah Subuh

Jalan masih lengang

Feri Wan Sendari . Luas dan bersih. Berupaya bergerak selaju 25 knot sejam ( 1 knot= 1.6 batu)

Jetty Bandar Telani


Jalan menuju ke Ria Bintan Hotel and Golf resort.

Thursday, June 23, 2011

Pulau Bintan

Pulau Bintan adalah salah sebuah pulau di kepulauan Riau di bahagian selatan Johor dan Timur Singapura. Ia mempunyai sejarah yang agak lama bermula sekitar tahun Masehi 1400. Pada sekitar 1489 pulau ini adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Melaka. Malah semasa kejatuhan Melaka pada 1511 Sultan Mansyur Shah telah lari ke Bintan. Ianya kekal dibawah kerajaan Melayu Johor sehinggalah 1824. Pada tahun tersebut Inggeris dan Belanda berdamai dan Bintan,Batam dan kepulauan di selatan Singapura di serah oleh Inggeris kepada Belanda sebagai tukaran kepada Melaka. Pada tahun 1945 selepas perang dunia kedua tamat kepulauan Riau menjadi sebahagian drp Indonesia.
Di Pulau Bintan inilah kisah kepahlawanan Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (1808–1873) menyerlah.
Kita juga biasa mendengar lagu lancang kuning nyanyian Eddy Silitonga. Lagu ini adalah kisah perahu di era kegemilangan kerajaan Melayu diKepulauan Riau. Lancang Kuning merupakan Armada Kerajaan Melayu Riau. Pada Zaman dahulu, Perahu Lancang Kuning merupakan lambang kekuasaan kerajaan dan digunakan sebagai perahu resmi kerajaan Siak Sri Indra Pura begitu pula pada masa-masa kerajaan Riau-Lingga dan kerajaan Johor-Riau.

Pulau Bintan Hari ini


Pada tahun 1994, bahagian utara pulau ini telah di pajak oleh kerajaan indonesia kepada sekumpulan pelabur2 Singapura yang menjadikannya sebagai Bintan Resorts. Pada masa ini Bintan hanya dilawati melalui perkhidmatan Ferry. Jetty Ferry di bahagian utara Bintan, jeti Bandar Telani Bintan, hanya membenarkan feri Singapura sahaja untuk berlabuh. Pelawat Malaysia yang ingin melawat Bintan melalui Stulang Laut, Johor terpaksa meredah perjalanan laut selama 150 min (2 1/2 hrs ) untuk kepelabuhan Tanjung Pinang diselatan Bintan. Sekiranya di benarkan berlabuh di Jetty Bandar Telani cuma perlu 45min sahaja. Untuk mengelak perjalanan laut yang lama , kebanyakkan pelawat menggunakan perkhidmatan Feri melalui Jeti Tanah Merah Singapura yang mengambil masa 45 min ke jeti Bandar Telani Bintan. Begitu lah cara Singapura berniaga!.

Saturday, June 18, 2011

Ke kebun

Seronok bila tengok pokok2 ni berbuah. Sejuk mata memandang, tenang fikiran dan lupa sebentar masalah semasa. Cuaca sekarang amat panas. Biasanya, pokok buah2an berbunga semasa musim hujan dan matang semasa musim panas. Fenomena semasa...pokok buah2an tidak lagi berbuah mengikut musim!

Cempedak madu berbuah sulung. Petua petani buah ni kena bungkus supaya tak berulat. Saya percaya tapi belum sempat buat lagi


Pokok Mangga India berbunga lagi.

Rambutan gading. Pokok rendang bunga agak lebat.



Ubi kayu. Selalu di kaitkan dengan zaman kehidupan yang sukar orang melayu. Itu dulu. Di Thailandsekarang, ubikayu adalah tanaman kedua terpenting selepas padi ( in term of acreage)




Pokok nenas yengki di tanam lurus untuk jadi sempadan dengan tanah jiran .




Durian Belanda. Berumur hampir 8 bulan akhirnya saya pindahkan ke kebun. Dapat spot yang istimewa. Cepatlah kau besar !!

Wednesday, June 15, 2011

Salman khan

Salman Khan memang nama yang di kenali ramai. Bagaimanapun, posting saya bukan mengenai pelakon Bollywood tapi mengenai seorang tokoh guru yang terhebat masakini. Mungkin ada yang dah kenal dengan nama ini. Dia adalah seorang Muslim dari keturunan Bangladesh yang berumur tak sampai 40 tahun pun. Pelajarnya dari seluruh pelosok dunia dan berjumlah berjuta orang.Semua belajar secara percuma secara online.

Salman Khan
SalmanKhan
Native name সালমান খান
Born New Orleans, Louisiana, USA
Residence Mountain View, California
Other names Sal
Education Massachusetts Institute of Technology, Harvard Business School
Occupation Educator
Website: khanacademy.org

Recognition
Salman Khan has been featured on the Colbert Report, PBS NewsHour,[9][10][11] CNN,[12] and National Public Radio.[13] In 2009, the Khan Academy received the Microsoft Tech Award for education.[14] In 2010, Google provided $2 million to support the creation of more courses and to enable the Khan Academy to translate its core library into the world’s most widely spoken languages.[15] In October 2010, Khan was tied for #34 in Fortune's annual "40 Under 40," a list recognizing business's hottest rising stars.[16] In March 2011, Salman Khan was invited to speak at TED by Bill Gates who claims to use the Khan Academy Exercise Software to teach his own children. In May 2011, Salman Khan appeared on The Colbert Report to talk in an interview about his teachings. He told the audience how he planned to use his software to revolutionize the field of education. Included in his interview was a montage of notable teaching moments from Khan's YouTube channel.
[edit].


Saya dah 'bold'kan website: khanacademy.org. Elok sebagai tempat rujukan bagi mata pelajaran mathematic, science, ekonomi, sejarah dll. Pelajaran secara video tutorial selam 10 minit sesuai untuk semua samada pelajar sekolah menengah, Universiti malah kepada yang dah bekerja. Ambil sedikit masa melayari web beliau dan pileh subject yang ingin di ulangkaji' Terdapat 2,100 educatinal video di web tersebut.

Nota:
1.Sumber: Reuse with permission From Wikipedia, the free encyclopedia. http://en.wikipedia.org/wiki/File:SalmanKhan.png

2. Ulun sahibar menyampaikan nar ai. Semoga ada yang mendapat manfaat darinya.