Di Pulau Bintan inilah kisah kepahlawanan Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (1808–1873) menyerlah.
Kita juga biasa mendengar lagu lancang kuning nyanyian Eddy Silitonga. Lagu ini adalah kisah perahu di era kegemilangan kerajaan Melayu diKepulauan Riau. Lancang Kuning merupakan Armada Kerajaan Melayu Riau. Pada Zaman dahulu, Perahu Lancang Kuning merupakan lambang kekuasaan kerajaan dan digunakan sebagai perahu resmi kerajaan Siak Sri Indra Pura begitu pula pada masa-masa kerajaan Riau-Lingga dan kerajaan Johor-Riau.
Pulau Bintan Hari ini
Pada tahun 1994, bahagian utara pulau ini telah di pajak oleh kerajaan indonesia kepada sekumpulan pelabur2 Singapura yang menjadikannya sebagai Bintan Resorts. Pada masa ini Bintan hanya dilawati melalui perkhidmatan Ferry. Jetty Ferry di bahagian utara Bintan, jeti Bandar Telani Bintan, hanya membenarkan feri Singapura sahaja untuk berlabuh. Pelawat Malaysia yang ingin melawat Bintan melalui Stulang Laut, Johor terpaksa meredah perjalanan laut selama 150 min (2 1/2 hrs ) untuk kepelabuhan Tanjung Pinang diselatan Bintan. Sekiranya di benarkan berlabuh di Jetty Bandar Telani cuma perlu 45min sahaja. Untuk mengelak perjalanan laut yang lama , kebanyakkan pelawat menggunakan perkhidmatan Feri melalui Jeti Tanah Merah Singapura yang mengambil masa 45 min ke jeti Bandar Telani Bintan. Begitu lah cara Singapura berniaga!.
No comments:
Post a Comment