Balik kg cuma sehari.
Tertarik dengan:
1.Jalan Taliair Selinsing depan rumah lama.... dah berubah wajah. Kesemua pokok dan semak tepi jalan dah di tebang dan di racun ranap. Dua pokok durian depan rumah juga turut di tebang. Pokok durian yang umurnya hampir 15 tahun baru mula berbuah semasa ia ditebang.
Di taliair ini, suatu waktu berpuluh tahun dahulu penuh dengan udang galah dan ikan ubi.Ada yang panggil ikan bodoh manakala orang Cina panggil ikan 'soon hock'. Sekarang, dah tak ada lagi orang menyuluh dan menombak udang galah dan memancing ikan ubi waktu malam!!!.
Jalan Taliair Selinsing 1
Jalan Taliair Selinsing 2
Kira2 10 tahun yang lepas, semasa rumah keluarga masih tegap di sisi taliair ini, masih terdapat ramai yang datang menjala di taliair ini. Waktu itu, anak ikan belida dan ikan teroboi masih banyak. Ikan lampam juga ada yang sesat dari Kolam Bukit Merah di hulu Taliair ini. Itu dulu.
2.Pokok Manggis Abg Din lebat berbuah
3. Kelapa sawit yang aruah ayah tanam tlh berbuah.Asal tanah bendang convert jadi kebun kelapa sawit.Terbukti bahawa hasil tanah yang di tanam kelapa sawit memberi pulangan yang lebih.
No comments:
Post a Comment