ANASUKA

ANASUKA-Gabungan perkataan Arab dan Melayu membawa makna 'saya suka'. Bersesuaian dengan tema blog,Saya cuba merakamkan gambar2 lama dan baru tentang peristiwa istimewa bersama keluarga, saudara mara dan sahabat2 dalam aktiviti riadah yang saya lakukan bila ada kelapangan. Terkadang tersasar juga ke bahasa paninian

Saturday, June 18, 2011

Ke kebun

Seronok bila tengok pokok2 ni berbuah. Sejuk mata memandang, tenang fikiran dan lupa sebentar masalah semasa. Cuaca sekarang amat panas. Biasanya, pokok buah2an berbunga semasa musim hujan dan matang semasa musim panas. Fenomena semasa...pokok buah2an tidak lagi berbuah mengikut musim!

Cempedak madu berbuah sulung. Petua petani buah ni kena bungkus supaya tak berulat. Saya percaya tapi belum sempat buat lagi


Pokok Mangga India berbunga lagi.

Rambutan gading. Pokok rendang bunga agak lebat.



Ubi kayu. Selalu di kaitkan dengan zaman kehidupan yang sukar orang melayu. Itu dulu. Di Thailandsekarang, ubikayu adalah tanaman kedua terpenting selepas padi ( in term of acreage)




Pokok nenas yengki di tanam lurus untuk jadi sempadan dengan tanah jiran .




Durian Belanda. Berumur hampir 8 bulan akhirnya saya pindahkan ke kebun. Dapat spot yang istimewa. Cepatlah kau besar !!

No comments:

Post a Comment