Di surau kita, dalam kuliah mingguannya, Uztaz Dahim berkali2 menyatakan bahawa jumhur ulamak berpendapat bahawa pahala Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat, insyaAllah akan sampai kepada roh simati di Alam Barzah sana.
Namun kita juga biasa mendengar pendapat yang tidak bersetuju dengan majlis seumpama itu di adakan samada di masjid atau di rumah persendirian. Sebab yang biasa kita dengar ialah ianya tidak dibuat oleh Rasullullah SAW.
Saya berpeluang menghadiri satu kuliah oleh Uztaz Mohd Syukri Abdullah seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)yang menghuraikan permasalahan ini.Beliau memberi perspective baru bagi saya bagi satu isu yang dah lama. AlQuran adalah kalam Allah, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya diberi pahala ibadat. Membacanya dengan menjaga adab dan dengan bacaan yang betul akan memberi banyak fadhilat kepada kita. Rasullullah SAW pernah bersabda:
1." Bacalah Al Quran, ia akan datang pada Hari Kiamat memberi syafaat kepada tuannya"
2."Sebaik-baik diantara kamu ialah mereka yang belajar dan mengajar AlQuran" (Sahih Muslim)
Setiap muslim yang ingin membaca Al Quran mesti membaca dengan mematuhi/mengikut tiga rukun yang utama:
1.Bertepatan dengan bacaan Rasullullah SAW.(sanad)
2.Bertepatan dengan bahasa Arab
3.Bacaan yang bertepatan dengan Rasm al Uthmani
Ketidak upayaan memahami dan menguasai ketiga2 rukun di atas menyebabkan terdapat kesalahan dalam bacaan (al-Lahnu) .Ini merujuk kepada bacaan yang melencong atau menyeleweng daripada bacaan asal yang menyebabkan kesalahan dalam bacaan. Kesalahan (al-Lahnu)ini terdiri dari kesalahan besar dan kesalahan kecil.Kesalahan bacaan yang besar (Al-Jaliy) sepakat ulamak mengatakan adalah haram dan berdosa. Antara kesalahan ini adalah:
1.bertukar huruf
ii. mematikan huruf yang berbaris
iii. memanjang bacaan yang pendek atau sebaliknya
1v.Tidak mentasydidkan huruf yang bertasydid atau sebaliknya
v. Salah tempat waqaf
Kesalahan2 kecil (Alkhafiy) yang berlaku semasa dalam bacaan pula antaranya adalah:
i.Mengizharkan tempat yang idgham, ikhfa, iqlab atau sebaliknya.
ii Menebalkan (tafkim) di tempat yang nipis (tarqiq)
iii.Melebihkan bacaan panjang pada Mad Asli dan sebaliknya
iv.Menghilangkan dengung pada huruf nun dan mim yang bertasyid.
Di majlis bacaan Yassin secara jemaah, yang mana tahap penguasaan bacaan adalah berbeza, adalah amat pasti akan ada jemaah yang membaca dengan kesalahan2 tersebut di atas. Adalah di takuti bahawa dosa bacaan yang salah tersebut, bukan sahaja pada sipembaca tetapi juga kepada yang menganjurkan dan kepada JK Masjid, jika majlis tersebut di adakan di Masjid/Surau.
Kesalahan dalam bacaan hanyalah dibolehkan semasa dalam proses belajar. Sehubungan dengan ini, selayaknya lah sekiranya majlis itu hendak juga di adakan, semua jemaah perlu membaca mengikut imam dengan niat belajar.Ahli keluarga pula sepatutnya bersama2 dalam majlis dan bukan sebok menyediakan hidangan!.
Saya bersetuju bahawa aspek membaca mengikut imam, dosa berkait dengan bacaan AlQuran yang salah, serta berniat belajar semasa membaca amat kurang di peringatkan kepada jemaah/hadirin. Sehubungan dengan ini, marilah kita sentiasa belajar membaiki bacaan AlQuran kita dan dimajlis2 bacaan surah Yassin, surah al-Kahfi dsbnya bacalah mengikut imam.
Wallahu Aklam
Nota : Sebahagian besar isi posting ini adalah dari nota kuliah Uztaz Mohd Syukri Abdullah. Namun, segala kesalahan adalah kesilapan dari pemahaman saya sendiri. Kepada Allah SWT saya beristigfar dan kepada yang membaca saya mohon kemaafan.
Dari blog saya: http://suraualmadaniah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment